Friday, November 7, 2008

KEM REMAJA DINAMIK

TERBUKA KEPADA PELAJAR2 TINGKATAN 3 – 6 ATAS
& REMAJA BERUSIA SEHINGGA 19 TAHUN.

TEMPAT TERHAD. BERTINDAKLAH SEGERA!

Tarikh: Jumaat 19/12/08 jam 8.00 pagi hingga Ahad 21/12/08 jam 4.30 petang
Lokasi: Island View Resort, Marang

APA KATA PESERTA KEM:
Program ini jarang dan sukar ditemui. Ia amat baik untuk pembentukan para pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat... Zaid Musa, Presiden, Lembaga Disiplin Pelajar, MRSMKT

Membawa saya ke satu dimensi baru di dalam memahami tugas, tanggungjawab dan bekerja di dalam kumpulan... Mohamad Sanusi, Ketua Murid, SMASZAL

Mendapat tempat pertama di hati saya, intipati kem ini sukar ditemui dalam kem-kem yang lain... memperolehi ketenangan yang sebenar... keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa, saya pasti di sini (kem ini) ada jalannya... Fatin, SMKATJ

Teramat bagus! Ia memberi seribu kebaikan dan manfaat yang amat berguna... kita yang lupa pada ALLAH tetapi ALLAH tetap mengasihi kita... Mariam Akmal, SMKSA

Saya telah mendapat satu pengalaman, pengajaran yang tidak mungkin akan dilupakan kerana ia telah membantu saya mengenali siapa diri saya... Fadlina Ibrahim, SMKTLS

Pengajaran yang membina, banyak memperolehi pengalaman... akan berubah menjadi yang terbaik mulai saat ini... Nor Shuhada, SMAKH

Wajar diteruskan kerana ia betul-betul menginsafkan diri pesertanya... Firdaus, SMKC

Memberangsangkan!... Seseorang yang tidak mengikuti program ini tentunya rugi... Insya ALLAH saya akan menjadi pelajar yang terbaik... Fatin Fatimah, SMKSS

Setakat program yang dihadiri, program ini adalah yang terbaik… Aizat Fikri, SMKPN

Sedar akan kesalahan saya selama ini... ilmu yang tidak pernah saya perolehi daripada sesiapa pun... banyak menyedarkan saya dan beri semangat... Aimi Faznina, SMAM

Amat baik dan sesiapa yang tidak menyertai kem adalah orang-orang yang rugi... kem yang hanya terdapat satu dalam sejuta... ingin menyertai lagi... Solehah Ibrahim, SMKB

Tersangat bagus... program ini mengutamakan keinsafan hati pelajar... saya belum pernah menghadiri program sehebat ini... Noremalina Nabilah, SMKKT

Dapat membaiki aqidah kita... sangat berpuas hati... saya ingin berudah menjadi yang terbaik dari segala aspek... Hazim, MRSM Kota Putra

Amat bagus... bagus bagi remaja masa kini... enjoy dengan program ini... ingin belajar bersungguh-sungguh untuk SPM saya... Nazira, SMTWT

Menginsafkan dan menyeronokkan... kem ini dapat mendidik remaja... Iqbal, KOSPINT

Amat berpuashati dan harap agar ia dapat diteruskan... perlu diadakan lebih lama lagi... amat terharu... banyak ilmu yang menyedarkan diri saya... Fathir Rahman, SMKADG

Belajar banyak ilmu yang sukar dijelaskan dengan kata-kata... Hafidzhat, SMKB

Dapat menyelesaikan masalah sosial yang semakin berleluasa... menjadi yang terbaik adalah manusia yang diberkati Allah... dipanjangkan lagi masanya... Safwan, SMKBT

Tidak pernah menyertai program seperti ini sebelum ini... tak dapat dibayar dengan wang ringgit... tak akan melupakan ilmu ini dan kem ini... Noor Hasima, SMKKT

Sangat berkesan... ingat kepada Allah dan Nabi... mendekatkan saya kepada Allah... mengenal Allah dengan lebih dekat... sangat suka program ini... Maisarah, SMA Al-Falah

JADUAL TENTATIF KEM REMAJA DINAMIK

Hari Pertama
8.30 Pendaftaran
9.00 Taklimat & ‘Ice Breaking’
9.30 Modul ‘Siapa Aku?’/‘Potensi Diriku’/‘Orang Besi’
10.30 Rehat/Minum Pagi
11.00 LDK: ‘Bola Wawasan’
12.15 Makan Tengahari/Solat Jumaat
2.30 Modul ‘Level Diri’/ LDK: ‘Namatolog’
4.30 Rehat/Solat Asar
5.30 Senaman Pernafasan Syeikh Abdul Malik (Tok Pulau Manis)
6.30 Makan Malam/Khidmat Diri/Solat Maghrib/Solat Hajat/Solat Isya’
9.00 Modul ‘ALLAH Tuhanku’/ ‘Indahnya Alam Raya Ini’ / LDK: ‘Kembara Kenali Diri’
11.30 Minum Malam/Rehat/Tidur

Hari Kedua
6.00 Solat Subuh/Tazkirah
7.00 Senaman/Sarapan/Khidmat Diri
8.30 Modul ‘Nombor Ajaib’/‘Teman Sejati’/‘Prinsip Kejayaan’/ ‘Kasih Sayang’
10.30 Rehat/Minum Pagi
11.00 Modul ‘Penghalang Kejayaan’/ ‘Masa’/‘Ibu Bapa & Guru’
12.45 Makan Tengahari/Solat Zohor
2.00 LDK: ‘Shopping List’ & ‘Ultimate Challenge’/‘Indoor Futsol’
4.30 Rehat/Solat Asar
5.30 Senaman Syeikh Abdul Malik
6.30 Makan Malam/Khidmat Diri/Solat Maghrib/Kuliah/Solat Isya’
9.00 Modul ‘Kuda & Penunggang’/ ‘Perjalanan Hidup Insan’
11.30 Minum Malam/Rehat/Tidur

Hari Ketiga
6.00 Solat Subuh/Tazkirah
7.00 Senaman/Sarapan/Khidmat Diri
8.30 Modul ‘Remaja & Realiti’/‘Smart Learning!’/‘Funtastic!’
10.30 Rehat/Minum Pagi
11.00 LDK: ‘Hargai Nyawa Anda’/ ‘Khalifah!’
12.30 Makan Tengahari/Solat Zuhur
2.00 Modul ‘Pelayaran Impian’
3.30 Perpisahan dan Resolusi
4.30 Bersurai

KEPERLUAN PESERTA
1. Pakaian Kursus:
a) Lelaki: Seluar panjang, baju dan kasut sukan
b) Perempuan: Seluar panjang/trek, baju berlengang panjang, tudung, dan kasut sukan.
2. Ubat-ubatan bagi mereka yang berpenyakit gastrik, lelah, jantung dan sebagainya.
3. Alatulis: pen dan buku nota.
4. Peralatan sembahyang serta sejadah, peralatan membersih badan, dll.
5. Barang-barang berharga TIDAK digalakkan.

PENDAFTARAN/PERTANYAAN
Akademi Bimbingan Insan Kuala Terengganu. Tel: 09-6178658 / 013-9704836

Atau
ISLAND VIEW RESORT (sebelah Hotel Sri Malaysia Marang)
Tel: 09-6182006 / 019-9663442

DAFTAR SEGERA! TEMPAT TERHAD. SIAPA CEPAT DIA DAPAT!
Hanya RM150 sahaja (bahan kursus, sijil, penginapan & makan-minum).
Tarikh & tempat tertakluk kepada perubahan.

0 comments: